
Masing-masing tiga lagi kluster membabitkan institusi pendidikan dan tempat kerja, serta baki dua kluster keagamaan.
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kluster baharu itu dikesan Selangor, Sarawak, Kelantan, Pahang, Johor dan Perak.
- Kluster Bukit Rotan (Kuala Selangor, Sabak Bernam, Petaling, Klang dan Port Dickson) dengan 16 kes
- Kluster Sileng Dayak (Lundu dan Kuching) dengan 72 kes
- Kluster Kampung Pemanok (Machang) dengan 27 kes
- Kluster Raub Jaya (Raub, Lipis dan Bentong) dengan 54 kes
- Kluster Tabuan Jaya (Kuching, Serian dan Samarahan) dengan 22 kes
- Kluster Batu Lada (Kuala Krai dan Machang) dengan 21 kes
- Kluster Jalan Abdul Rahman Andak (Johor Bahru) dengan 12 kes
- Kluster Jalan RP Tiga (Gombak dan Hulu Selangor) dengan 46 kes
- Kluster Jalan Tiga Belas – Tiga (Petaling) dengan 14 kes
- Kluster Jalan Adika Raja (Hulu Perak dan Baling) dengan 34 kes
- Kluster Kampung Parit Bunga (Tangkak) dengan lapan kes
- Kluster Jalan Pokok Assam (Larut, Matang dan Selama) dengan 14 kes.

Noor Hisham berkata, sebanyak 1,638 kluster dikesan di seluruh negara setakat ini, dengan 378 kluster aktif dan 83 daripadanya melaporkan pertambahan kes.
Katanya, empat kluster yang tamat hari ini ialah Tapak Bina Jalan Usahawan, Jalan Azlan, Banggol Chicha dan Jalan Sebelas, menjadikan 1,260 kluster berakhir setakat ini.
“Kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi hari ini adalah DTI Lenggeng (43 kes), Raub Jaya (38 kes) dan Jalan Adika Raja (33 kes),” katanya dalam kenyataan.