
Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador berkata perkara berkenaan akan diserahkan kepada timbalannya Acryl Sani Abdullah Sani untuk berbincang dengan pegawai-pegawai polis yang terlibat mengendalikan kes itu.
“Acryl Sani akan panggil dan berbincang dengan mereka (pegawai polis terlibat kendali kes Addy Kana) untuk melihat kelemahan siasatan kes berkenaan.
“Ia adalah untuk mengelakkan daripada berulang kembali (gugur kes POCA) dan saya tidak mahu PDRM dilihat seolah-olah bersikap semberono sahaja menggunakan peruntukan undang-undang mengenakan POCA ikut sesuka hati tanpa kualiti yang mungkin menyebabkan seseorang itu teraniaya,” katanya pada sidang media selepas majlis penyampaian Surat Penghargaan Tolak Rasuah PDRM di Bukit Aman.
Semalam, Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat memerintahkan ketiga-tiga lelaki itu dibebaskan selepas membenarkan rayuan mereka terhadap permohonan writ habeas corpus supaya dibebaskan dengan serta-merta.