
Beliau berkata, pengekalan waktu operasi bazar Aidilfitri bagi mengelak risiko penularan wabak dan kegagalan orang ramai mematuhi prosedur operasi standard (SOP).
“Kita tidak mahu berlaku kesesakan berlebihan yang akan menimbulkan isu ada yang tidak ikut SOP,” kata beliau, menurut laporan Harian Metro.
Tindakan itu juga sekali gus menolak permintaan peniaga yang mahu had masa dilanjutkan bagi membolehkan jualan lelong sempena perayaan hingga 3 pagi.
“Jadi setakat ini kerajaan negeri memutuskan (operasi) hanya hingga 12 malam, kita tidak akan lanjutkan,” kata beliau ketika ditemui selepas mengadakan lawatan di bazar Ramadan Jalan Kemuliaan 2 di Taman Universiti, Skudai, hari ini.
Ayub berkata, sekiranya berlaku penularan Covid-19, bazar boleh ditutup antara lima hingga enam hari bagi tujuan penilaian risiko oleh Jabatan Kesihatan Negeri.
Bagaimanapun, beliau berharap kemeriahan bazar Aidilfitri tahun ini tetap dirasai peniaga dan pengunjung dengan mematuhi SOP bagi mengelak penularan Covid-19.
Sebanyak 198 bazar Ramadan dan Aidilfitri beroperasi tahun ini di Johor membabitkan lebih 10,000 peniaga.
Minggu lalu, Putrajaya mengumumkan bazar Aidilfitri di seluruh negara dibenar beroperasi hingga 2 pagi berkuat kuasa Sabtu lalu berbanding 12 tengah malam sebelum ini.
Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata, lanjutan tempoh operasi itu dibenarkan selepas mendengar rayuan daripada peniaga bazar.