12 kluster baharu Covid-19, 8 babit pendidikan dan komuniti

12 kluster baharu Covid-19, 8 babit pendidikan dan komuniti

Dua lagi berkaitan tempat kerja serta masing-masing satu kluster keagamaan dan kumpulan berisiko tinggi.

Terdapat 370 kluster aktif dengan 68 daripadanya melaporkan pertambahan kes hari ini.
PETALING JAYA:
Kementerian Kesihatan mengesan 12 kluster baharu Covid-19, dengan masing-masing empat kluster membabitkan institusi pendidikan dan komuniti.

Dua lagi kluster tempat kerja serta masing-masing satu kluster keagamaan dan kumpulan berisiko tinggi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kluster baharu itu dikesan Sarawak, Sabah, Kedah, Selangor, Perak, Johor dan Kuala Lumpur.

  • Kluster Melugu (Sri Aman dan Lubuk Antu) dengan 13 kes
  • Kluster Madai (Lahad Datu dan Kunak) dengan 30 kes
  • Kluster Layar Hujung (Kuala Muda) dengan 23 kes
  • Kluster Jalan Gombak Dua (Gombak, Hulu Langat, Titiwangsa dan Putrajaya) dengan 19 kes
  • Kluster Ulu Strass (Meradong) dengan 25 kes
  • Kluster Jalan Maharajalela (Hilir Perak, Kuala Muda dan Cheras) dengan 12 kes
  • Kluster Taman Wira (Kluang, Batu Pahat dan Kulai) dengan 26 kes
  • Kluster Pintu Air Relau (Bandar Baharu dan Kota Setar) dengan 31 kes
  • Kluster Jalan Rimbunan (Kepong dan Gombak) dengan 22 kes
  • Kluster Jalan Bakariah (Muar) dengan 10 kes
  • Kluster Jalan Sekinchan (Klang) dengan 23 kes
  • Kluster Leboh Gambus (Klang) dengan 61 kes.

Noor Hisham berkata, sebanyak 1,626 kluster dikesan di seluruh negara setakat ini, dengan 370 kluster aktif dan 68 daripadanya melaporkan pertambahan kes.

Katanya, sembilan kluster yang tamat hari ini ialah Layar, Emas Bemban, Pengkalan Nangka Tumpat, Perindustrian Pekan Nanas, Chendering Height, Kemuning Enam, Hilir Sungai Kluang, Sungai Putus dan Tembok Bukit Besi, menjadikan 1,256 kluster berakhir setakat ini.

“Kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi hari ini adalah Pulai Chondong (66 kes), Pintu Air Relau (30 kes) dan Layar Hujung (22 kes),” katanya dalam kenyataan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.