
Masing-masing tiga lagi kluster membabitkan tempat kerja dan komuniti serta satu berkaitan kumpulan berisiko tinggi.
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kluster baharu itu dikesan Selangor, Pulau Pinang, Kelantan, Johor, Melaka, Sarawak, Kuala Lumpur, Kedah dan Negeri Sembilan.
- Kluster Jalan Puchong (Sepang dan Petaling) dengan 21 kes
- Kluster Persiaran Setia Murni (Petaling, Kuala Selangor dan Klang) dengan 14 kes
- Kluster Jalan Sejati (Gombak dan Sepang) dengan 42 kes
- Kluster Cangkat Minden (Timur Laut) dengan 14 kes
- Kluster Jalan Padang Tembak (Kota Bharu dan Bachok) dengan 37 kes
- Kluster Jalan Kempas Muar (Muar) dengan 67 kes
- Kluster Teknologi Ayer Keroh (Melaka Tengah, Jasin dan Alor Gajah) dengan 21 kes
- Kluster Sungai Tuah (Kanowit) dengan 31 kes
- Kluster Bandar Baru Sentul (Kepong) dengan 12 kes
- Kluster Akar Peluru (Kota Setar, Pendang dan Yan) dengan 16 kes
- Kluster Jalan Bukit Emas (Seremban) dengan 19 kes

Noor Hisham berkata, sebanyak 1,614 kluster dikesan di seluruh negara setakat ini, dengan 367 kluster aktif dan 72 daripadanya melaporkan pertambahan kes.
Katanya, dua kluster yang tamat hari ini ialah Kluster Industri Subang dan Kluster Tapak Bina Tanjung menjadikan 1,247 kluster berakhir setakat ini.
“Kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi hari ini adalah Kluster Jalan Kempas Muar (66 kes), Kluster Putai (64 kes), dan Kluster Pangkal Chuit (60 kes),” katanya dalam kenyataan.