Katanya, kerajaan juga mesti segera menghentikan penggunaan “akta lapuk” untuk menekan suara kritikan dan pendapat berbeza.
“Memetik filasuf dan pemikir Renaisans Voltaire: “saya mungkin menentang dan tidak bersetuju dengan idea anda yang berbeza dengan saya, tetapi saya bersedia untuk mempertahankan hak anda untuk meluahkannya”.
“Dengar luahan rakyat dan bekerja untuk mereka, bukan untuk diri kalian semata,” katanya dalam kenyataan.
Beliau turut menyifatkan tindakan kerajaan mengenakan tindakan terhadap aktivis tersebut sebagai terdesak dalam menghalang kebebasan bersuara untuk kekal berkuasa.
“Sikap dan perilaku pemerintah dalam menginjak kebebasan yang dijamin Perlembagaan adalah cubaan yang jelas terdesak untuk membungkam kritikan dan terus berpaut pada kuasa.
“Malaysia sudahpun menyaksikan rekod hak asasi manusia dan tingkat kebebasan medianya merudum parah di bawah kerajaan hari ini yang terus menyalahgunakan kuasa,” katanya.
Jumaat lalu artis grafik, Fahmi Reza ditahan polis di rumahnya dipercayai berhubung catatan beliau di media sosial, tetapi dibebaskan sehari kemudian.
Penahanan Fahmi itu dibuat susulan dakwaan menghasut berhubung “playlist” Spotify yang dikatakan mempersendakan Raja Permaisuri Agong berhubung kenyataannya di Instagram sebelum itu.
Sementara itu Mukmin Nantang pula ditahan kerana didakwa ingkar prosedur operasi standard (SOP) PKP dengan mengadakan perhimpunan membantah keputusan kerajaan melanjutkan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) di Kampung Muhibbah Raya di Tawau, Sabah selama 14 hari lagi, iaitu dari 25 April hingga 8 Mei.