
Dua lagi kluster sektor pendidikan serta masing-masing satu lagi kluster keagamaan dan pusat tahanan.
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kluster baharu itu dikesan Sarawak, Johor, Selangor, Pulau Pinang, Melaka dan Kelantan.
- Kluster Pondok Belaga (Belaga) dengan sembilan kes
- Kluster Kampung Batu Sembilan (Kuala Langat) dengan 52 kes
- Kluster Tapak Bina Tanjung Kupang (Johor Bahru) dengan 44 kes
- Kluster Jalan Raja Bukit Pasir (Muar) dengan 151 kes
- Kluster Jalan Sebauh-Bintulu (Sebauh dan Bintulu) dengan 67 kes
- Kluster Jalan Arumugam Pillai (Seberang Perai Tengah) dengan 13 kes
- Kluster Kota Syahbandar (Melaka Tengah) dengan 12 kes
- Kluster Jalan Kesidang (Melaka Tengah dan Alor Gajah) dengan 22 kes
- Kluster Sungai Senibung (Julau) dengan 14 kes
- Kluster Kampung Pangkal Chuit (Machang) dengan 27 kes
- Kluster Jalan Impian Emas 17 (Johor Bahru) dengan tujuh kes
- Kluster Kampung Selamat (Seberang Perai Utara dan Kulim) dengan 22 kes.
Noor Hisham berkata, sebanyak 1,603 kluster dikesan di seluruh negara setakat ini, dengan 358 kluster aktif dan 64 daripadanya melaporkan pertambahan kes.
Katanya, lima kluster yang tamat hari ini ialah Jalan Wawasan Dua, Jalan Bukit Tiga, Jalan Bachok, Seksyen 16 dan Jalan Setia Jaya, menjadikan 1,245 kluster berakhir setakat ini.
“Kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi hari ini adalah Jalan Raja Bukit Pasir (148 kes), Kampung Batu Sembilan (52 kes) dan Tapak Bina Tanjung Kupang (41 kes),” katanya dalam kenyataan.