
Pemandu berusia 47 tahun itu, ditahan ketika memandu kereta berkenaan di Bandar Metropolitan, Kepong, pada pukul 1 pagi tadi.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Zulkefly Yahya, berkata hasil pemeriksaan lanjut mendapati kereta itu tidak mempunyai cukai jalan selain tayar depan kanan pecah dan tiada bumbung.
“Pemandu itu kemudian menunjukkan sebuah lagi kereta Kancil warna hijau yang tidak mempunyai nombor pendaftaran dan cermin belakang kiri pecah.
“Kedua-dua kereta itu tidak layak berada di atas jalan raya dan membahayakan kepada pengguna lain,” katanya dalam kenyataan, menurut laporan Berita Harian.
Terdahulu, tular di media sosial sebuah kenderaan jenis Perodua Kancil selepas ia kembali dikesan berada di atas jalan sekitar Kepong.
Zulkefly berkata kenderaan itu disita mengikut Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 untuk siasatan lanjut. Katanya, saman turut dikeluarkan terhadap pemandu itu.