Lelaki ditemui rentung dalam kebakaran 4 rumah

Lelaki ditemui rentung dalam kebakaran 4 rumah

Menurut bomba, mangsa berusia 54 tahun itu meninggal dunia di tempat kejadian akibat terbakar 100%.

Keadaan rumah yang terbakar di Flat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Kampung Baru, Kuala Lumpur. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Seorang lelaki ditemui rentung selepas empat rumah terbakar di Flat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Kampung Baru, Kuala Lumpur, pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Kuala Lumpur berkata mangsa berusia 54 tahun itu meninggal dunia di tempat kejadian akibat terbakar 100%.

“Kebakaran membabitkan empat rumah dengan tiga daripadanya musnah 30%, manakala satu terbakar 70%,” katanya dalam kenyataan.

Dalam kejadian 6.39 pagi itu, seramai 20 anggota menaiki tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Tun Razak, Titiwangsa, Keramat serta Hang Tuah dikejarkan ke lokasi kebakaran.

“Kebakaran rumah terbabit berjaya dikawal jam 7.02 pagi,” katanya.

Katanya, punca kejadian bagaimanapun, masih dalam siasatan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.