68 atlet kebangsaan, paralimpik dijangka layak untuk Tokyo 2020

68 atlet kebangsaan, paralimpik dijangka layak untuk Tokyo 2020

Seramai 33 atlet kebangsaan, 35 paralimpik mungkin wakili Malaysia pada temasya sukan terbesar dunia itu.

Ketua Pengarah MSN Ahmad Shapawi Ismail berkata buat masa ini, 12 atlet kebangsaan dan 14 paralimpik telah melepasi kelayakan. (Gambar Bernama)
ISKANDAR PUTERI:
Seramai 33 atlet kebangsaan dan 35 atlet paralimpik dijangka dapat melayakkan diri ke temasya Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo 2020 yang dijadualkan pada Julai dan Ogos ini.

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Ahmad Shapawi Ismail berkata buat masa ini, 12 atlet kebangsaan dan 14 atlet paralimpik telah melepasi kelayakan bagi menyertai temasya sukan terbesar dunia itu.

“Masih banyak lagi (atlet) dalam proses kelayakan termasuk Terbuka Badminton Malaysia dan Terjun Piala Dunia 2021 pada Mei ini.

“Jadi jangkaan kita untuk Olimpik lebih kurang 33 atlet sebab banyak kejohanan kelayakan telah dibatalkan.

“Paralimpik pula mungkin melibatkan 35 atlet, tertakluk sehingga tempoh kelayakan pada Jun,” katanya mengulas mengenai kelayakan atlet bagi temasya sukan berkenaan.

Ahmad Shapawi ditemui selepas menghadiri program Pelepasan Jelajah Sokongan Road To Tokyo 2020 yang disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan Johor Onn Hafiz Ghazi di Bangunan Dato Jaafar Muhamad di sini, hari ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.