
Timbalan Pengerusi S Arutchelvan, yang membawa kes itu ke pengetahuan Bank Negara (BNM), bagaimanapun tidak dapat memaklumkan butiran kandungan penyelesaian itu “atas persetujuan bersama”.
“Ini satu berita yang menggembirakan…isu perumahan mereka dapat diselesaikan,” katanya dalam kenyataan.
Awal bulan ini, FMT melaporkan keluarga Moganah Muthaya mengadu pihaknya dapat tahu rumah yang didiami hampir 17 tahun menjadi milik orang lain tahun lalu, selepas terima notis keluar rumah daripada pemilik baharu pada Oktober.
Semasa mengesahkan hal itu dengan bank, Moganah dimaklumkan rumahnya dilelong kerana terdapat tunggakan bayaran balik pinjaman rumah selama tiga bulan – sebanyak RM975 – selepas kadar ansuran dinaikkan daripada RM268 sebulan kepada RM325 sejak Julai 2018.
Itu kali pertama mereka dimaklumkan mengenai kenaikan bayaran tersebut, menurut kenyataan PSM semasa parti itu dan Moganah melaporkan hal ini kepada BNM.
Menurut PSM lagi, pihak bank menjelaskan peminjam tidak dimaklum mengenai kenaikan bayaran itu kerana tidak menerima kemas kini alamat dan nombor telefon peminjam.
Moganah bersama suami yang bekerja di kilang, dua anak mereka, dan ibunya dikatakan kini menumpang di rumah rakan.