
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kluster baharu berkenaan dikesan di Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Kelantan dan Sarawak.
- Kluster Kampung Tengah Betong (Betong) dengan 15 kes
- Kluster Sungai Rian (Meradong) dengan 48 kes
- Kluster Jalan Meranti (Hulu Selangor dan Gombak) dengan sembilan kes
- Kluster Taman Dato Senu (Kepong dan Titiwangsa) dengan 12 kes
- Kluster Jalan Pasir Mas – Pohon Tanjung (Pasir Mas dan Tanah Merah) dengan 28 kes
- Kluster Jalan Padang Lallang (Seberang Perai Tengah) dengan sembilan kes
- Kluster Hala Kampung Jawa (Timur Laut, Barat Daya dan Seberang Perai Utara) dengan 23 kes.

Noor Hisham berkata, sebanyak 1,541 kluster dikesan di seluruh negara setakat ini, dengan 340 kluster aktif dan 67 daripadanya melaporkan pertambahan kes.
Katanya, tujuh kluster yang tamat hari ini ialah Jalan Industri Sofa, Andromeda, Nanga Bulo, Tapak Bina Jalan Salak, Industri Sungai Gadut, Jalan Changkat Jong dan Jalan Awang, menjadikan 1,201 kluster berakhir setakat ini.
“Kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi hari ini adalah Pulai Chondong (79 kes), Kampung Domis (51 kes) dan Sungai Rian (47 kes),” katanya dalam kenyataan.