
PETALING JAYA: Tottenham Hotspurs memecat pengurusnya, Jose Mourinho, selepas prestasi pasukan liga perdana itu semakin merosot sejak beberapa bulan lalu.
Bekas pemain tengah kelab, Ryan Mason, dijangka mengambil alih sementara jawatan itu.
Mourinho dipecat sejurus Tottenham disahkan menjadi antara enam kelab liga perdana Inggeris yang menyertai Liga Super Eropah, akhbar The Sun di United Kingdom melaporkan.
Spurs memulakan musim 2020 dengan menduduki tangga teratas Disember lalu namun prestasi mereka merosot teruk tidak lama kemudian.
Spurs tewas dalam Liga Eropah pada pusingan akhir 16, walaupun mendahului lawannya Dinamo Zagreb 2-0 dalam perlawanan pertama.
Di Liga Perdana, Spurs kini menduduk tempat ke-7 dan sukar untuk menempah tiket ke Liga Juara-Juara 2021.