Tak benar harga ayam RM10 sekilo, kata menteri

Tak benar harga ayam RM10 sekilo, kata menteri

Menteri perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna memberi jaminan harga ayam terkawal dan bekalan barangan keperluan harian mencukupi sepanjang Ramadan.

Alexander Nanta Linggi berkata, pihaknya menerima laporan daripada penguat kuasa mengenai kenaikan harga ayam, tetapi ia masih terkawal dan tidak sampai tahap RM10 untuk 1kg.
PUTRAJAYA:
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Alexander Nanta Linggi menafikan khabar angin mengatakan harga ayam akan dinaikkan sehingga RM10 sekilogram berikutan permintaan tinggi ketika Ramadan.

Beliau berkata, dakwaan itu tidak berasas kerana terdapat laporan daripada penguat kuasa mengenai kenaikan harga ayam, tetapi tidak sampai tahap RM10 untuk 1kg.

“Harga ayam itu ada kenaikan sedikit, namun masih dalam kawalan,” katanya selepas melancarkan Ops Pantau dan meninjau bazar Ramadan di Presint 3, Putrajaya.

Keadaan di bazar Ramadan Presint 3, Putrajaya hari ini yang dipenuhi pengunjung.

Beliau menasihatkan pengguna tidak bimbang kerana KPDNHEP bersama Kementerian Pertanian dan Industri Makanan akan memastikan bekalan barang keperluan harian sentiasa mencukupi.

Terdahulu, beliau menyuarakan rasa kurang puas hati terhadap pematuhan SOP dalam kalangan peniaga dan pengunjung yang ramai di bazar Ramadan Presint 3.

Walaupun tiada diterima setakat ini, tetapi katanya, pihak berkuasa akan meneruskan pemantauan bagi mengelakkan kluster baharu yang berpunca daripada bazar Ramadan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.