Ceritakan sejarah sebenar dalam buku teks, kata ahli pendidikan

Ceritakan sejarah sebenar dalam buku teks, kata ahli pendidikan

Teo Kok Seong gesa kementerian pendidikan ambil perhatian penemuan ahli sejarah mengenai kesalahan dan ketidaktepatan maklumat.

Maklumat tidak tepat yang ditemui dalam buku teks tidak harus disembunyikan, kata Teo Kok Seong dari UKM. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Seorang ahli pendidikan menggesa Kementerian Pendidikan (KPM) untuk menangani kesilapan dan ketidaktepatan yang ditemui oleh sejarawan Ranjit Singh Malhi dalam buku teks sejarah Malaysia.
Teo Kok Seong

Teo Kok Seong dari Universiti Kebangsaan Malaysia berkata penemuan itu tidak boleh diketepikan atau “disembunyikan” kerana ia dibuat oleh seorang sejarawan.

“Dia tidak menuduh sesiapa pun tetapi menyatakan penemuannya,” katanya.

Ranjit dalam satu kenyataan baru-baru ini berkata, buku teks yang digunakan di sekolah menengah adalah berpusatkan Melayu dan Islam dan menghilangkan fakta-fakta penting berkaitan dengan pembinaan negara sambil menyimpang fakta dan keterlaluan.

Beliau menjelaskan kebanyakan penulis buku teks itu adalah orang Melayu, dan ia bermaksud bermaksud pelajar mempelajari dunia dan sejarah Malaysia dari perspektif etnik tertentu.

Ranjit Singh Malhi

“Kelemahan ketara dalam buku teks sejarah sedia ada hanya membuktikan penulis berat sebelah,” kata Ranjit.

Mereka tidak menyatakan kemunculan dan perkembangan masyarakat majmuk Malaysia secara seimbang, adil serta memadai,”

Teo berkata, buku-buku sejarah Malaysia difahami memberi tumpuan kepada orang Melayu dan Islam tetapi mereka tidak boleh mengetepikan pihak lain yang membantu membangunkan negara.

“Itu adalah masalah yang harus kita teliti kerana pihak lain juga mempelajari buku teks.”

Katanya, orang Cina, India dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak akan merasakan kehadiran mereka tidak dinyatakan dengan baik dalam buku-buku tersebut, menyebabkan mereka hilang semangat kekitaan terhadap negara.

“Mereka mungkin merasakan mereka bukan sebahagian dari negara.”

Ranjit berkata, setiap buku sejarah berkenaan mempunyai kurang dari 10 halaman mengenai peradaban India dan Cina dan lebih daripada 20 halaman mengenai peradaban Islam.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.