Zulkifli tak naik penerbangan kelas pertama ke Saudi, kata pejabat menteri

Zulkifli tak naik penerbangan kelas pertama ke Saudi, kata pejabat menteri

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu hanya menaiki penerbangan kelas pertama yang ditaja Liga Dunia Islam untuk perjalanan dari Riyadh ke Madinah.

Zulkifli Mohamad Al-Bakri hanya menaiki penerbangan kelas pertama dari Riyadh ke Madinah yang ditaja Liga Dunia Islam atas arahan Gabenor Madinah, Putera Faisal bin Salman bin Abdulaziz Al Saud. (Gambar Facebook)
PUTRAJAYA:
Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Zulkifli Mohamad Al-Bakri menafikan beliau menaiki penerbangan kelas pertama ke Arab Saudi minggu lalu.

“Kenyataan ini tak benar. Menteri ke sana (Arab Saudi) menaiki penerbangan macam biasa yang dinaiki orang lain,” katanya dalam kenyataan ringkas sebagai mengulas sebuah klip video selama seminit 28 saat menunjukkan Zulkifli memasuki kabin kelas pertama sebuah pesawat.

Pejabat Zulkifli berkata, video tular itu ialah ketika menteri berkenaan menaiki pesawat yang ditaja sepenuhnya oleh Liga Dunia Islam (MWL) untuk perjalanan dari Riyadh ke Madinah.

“Ia adalah titah daripada Gabenor Madinah, Putera Faisal (bin Salman bin Abdulaziz Al Saud) sejurus mendapat tahu Zulkifli adalah alumni Universiti Islam Madinah. Ia sebagai tanda penghormatan kepada Zulkifli dan bukti hubungan baik Malaysia dan Saudi.”

Zulkifli kini berada di Arab Saudi untuk lawatan kerja bermula Jumaat lalu hingga 18 April ini atas jemputan MWL.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.