
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kluster baharu itu dikesan di Kuala Lumpur, Putrajaya, Sabah, Sarawak, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor.
- Kluster Jalan Puncak Borneo (Kuching) dengan 61 kes
- Kluster Jalan Raja Laut (Lembah Pantai, Cheras, Kepong dan Titiwangsa) dengan 20 kes
- Kluster Jalan Hishamuddin (Lembah Pantai) dengan sembilan kes
- Kluster Lebuh Wawasan (Putrajaya, Lembah Pantai dan Seremban) dengan 11 kes
- Kluster Tabanak (Lahad Datu) dengan 15 kes
- Kluster Kampung Gayang (Tuaran) dengan 23 kes
- Kluster Taman Malim Jaya (Melaka Tengah dan Jasin) dengan 13 kes
- Kluster Jalan Bukit Belida (Seremban) dengan 15 kes
- Kluster Jalan Salleh (Muar) dengan 23 kes.

Noor Hisham berkata, sebanyak 1,478 kluster dikesan di seluruh negara setakat ini, dengan 344 kluster aktif dan 62 daripadanya melaporkan pertambahan kes.
Katanya, 10 kluster yang tamat hari ini adalah Jalan Sekerat, Jalan Taiping, Tapak Bina Meha, Jalan Nusa Mega, Cyber 72, Jalan Industri Tiga Pontian, Taman Alam, Tapak Bina Bukit Kiara, Buloh dan Pasai, menjadikan 1,134 kluster berakhir setakat ini.
“Kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi hari ini adalah Tapak Bina Persiaran Cybersouth (137 kes), Jalan Puncak Borneo (60 kes) dan Jalan Bambangan (47 kes),” katanya dalam kenyataan.