4 kontena daging kerbau sejuk beku lebih RM600,000 dirampas

4 kontena daging kerbau sejuk beku lebih RM600,000 dirampas

MAQIS P Pinang merampas 70,650kg daging kerbau dari India itu kerana gagal mempamerkan maklumat dikehendaki.

MAQIS Pulau Pinang mendapati empat kontena berisi daging kerbau sejuk beku itu tidak mematuhi syarat permit import. (Gambar MAQIS)
BUTTERWORTH:
Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan (MAQIS) Pulau Pinang merampas 70,650kg daging kerbau sejuk beku bernilai RM614,605 dari India kerana tidak mematuhi permit import di Terminal Kontena Butterworth Utara (NBCT) semalam.

Pengarahnya, Noriah Dahlan berkata, pemeriksaan ke atas empat kontena itu pada 2.40 petang mendapati semua konsainan berkenaan tidak mematuhi syarat permit import MAQIS.

“Pemeriksaan mendapati semua dagangan, iaitu 2,826 kotak daging itu gagal mempamerkan maklumat dikehendaki pada syarat import permit yang diluluskan dan MAQIS merampasnya untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan.

Noriah berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 15(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.