Tonjol belas kasihan, layan LGBTQ sama rata, kata sarjana Turki

Tonjol belas kasihan, layan LGBTQ sama rata, kata sarjana Turki

Mustafa Akyol berkata dalam pada Islam menyatakan tingkah laku yang disukai, seseorang individu juga mempunyai hak sama rata sebagai warganegara.

Mustafa Akyol berkata LGBTQ sebagai warga negara harus dilayan sama rata, berserta dengan hak asasnya. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Seorang sarjana terkenal Turki menyeru umat Islam supaya menonjolkan belas kasihan dalam menangani isu berkaitan komuniti lesbian, gay, biseksual, transgender dan queer (LGBTQ).

Mustafa Akyol berkata, umat Islam harus faham individu LGBTQ menghadapi kehidupan yang sukar.

“Kecenderungan mereka menyebabkan mereka diganggu dan dipandang hina.

“Saya fikir belas kasihan dalam Islam, hormat dalam Islam perlu ditonjolkan,” katanya pada webinar “Freedom and Tolerance ini Islam: Why We Need Some Rethinking”, anjuran G25 dan Edunity Foundation.

Akyol menjelaskan bahawa beliau bukanlah berkata Islam menyatakan semua tingkah laku seksual betul dari segi moral, misalnya Islam tidak menyukai seks luar nikah.

Namun, umat Islam harus sedar dalam pada Islam menyatakan tingkah laku yang disukai, seseorang individu juga mempunyai hak sama rata sebagai warganegara.

Akyol berkata, umat Islam boleh mengatakan jenis hubungan seks tertentu “tidak betul pada perspektif moral kami”, dan menambah fiqah Sunnah “tidak terlalu liberal”.

“Mereka sebagai warganegara harus dilayan sama rata, berserta dengan hak asasnya,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.