Rentas negeri sambut Raya, kerajaan minta KKM umum awal, kata menteri

Rentas negeri sambut Raya, kerajaan minta KKM umum awal, kata menteri

Ismail Sabri Yaakob berkata pengumuman lebih awal akan memudahkan orang ramai membuat persiapan dan mengurangkan kesesakan pembelian tiket pengangkutan awam.

Ismail Sabri Yaakob berkata, Kementerian Kesihatan akan membuat penilaian risiko mengenai kebenaran merentas negeri sempena Aidilfitri.
JOHOR BAHRU:
Kerajaan akan meminta Kementerian Kesihatan (KKM) membuat pengumuman lebih awal mengenai keputusan sama ada membenarkan rentas negeri sempena sambutan Aidilfitri.

Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob, berkata pengumuman lebih awal akan memudahkan orang ramai membuat persiapan dan mengurangkan kesesakan pembelian tiket pengangkutan awam.

“Perkara ini bawah KKM dan mereka yang akan membuat penilaian risiko,” katanya pada sidang media selepas majlis minum petang bersama warga Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (PULADA) di Ulu Tiram.

Pada majlis itu, beliau mengumumkan kerajaan memperuntuk kira-kira RM1.34 juta bagi tujuan menaik taraf pembangunan dan kemudahan asas di PULADA termasuk membaik pulih masjid, pagar serta penginapan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.