Sukar ‘lihat’ Najib di FB? Pergi saja ke Telegram

Sukar ‘lihat’ Najib di FB? Pergi saja ke Telegram

Bekas perdana menteri Najib Razak ‘berpindah’ ke platform sosial media alternatif selepas mendakwa beberapa hantarannya disekat di Facebook.

Laman Facebook rasmi Najib Razak yang mengandungi mesej mengenai akaun baharunya di Telegram.
PETALING JAYA:
Najib Razak mendakwa akaun Facebooknya mungkin disekat pada Khamis, selepas dimaklumkan beberapa hantarannya tidak muncul di ‘timeline’ pengikutnya.

Bekas perdana menteri itu menyoal sama ada pihak tertentu bertanggungjawab atas perkara itu.

“Adakah ada pihak yang kacau? Saya main FB pun ada yang takut?” soalnya di Telegram.

Akaun Telegramnya itu setakat 11.30 malam tadi sudah mempunyai kira-kira 5,213 pengikut.

Sejak disingkirkan sebagai perdana menteri, Najib menjadi antara anggota pembangkang paling lantang bersuara, terutama ketika pemerintahan Pakatan Harapan selama 22 bulan.

Malah pada 2019 beliau turut menggelar dirinya “King of Trolls” di media sosial.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.