Fokus penyertaan, bukan pengasingan untuk tangani LGBT, Putrajaya diberitahu

Fokus penyertaan, bukan pengasingan untuk tangani LGBT, Putrajaya diberitahu

Selasa lalu, Menteri di-Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, Putrajaya akan meneruskan cadangan meningkatkan had hukuman dalam Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965.

Putrajaya digesa menimbangkan penggubalan undang-undang yang mengiktiraf kewujudan gender ketiga ‘supaya golongan transgender dapat hidup dengan bermaruah dan dilindungi daripada diskriminasi dan jenayah kebencian’.
PETALING JAYA:
Suhakam mendesak kerajaan supaya menimbang semula keputusannya untuk mengenakan hukuman lebih berat ke atas kesalahan berkaitan komuniti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Pesuruhjaya Hishamudin Yunus berkata, pendekatan terbaik dalam menangani golongan LGBT adalah “membantu mengintegrasikan mereka ke dalam masyarakat arus perdana” dengan menghormati hak perlembagaan mereka berhubung kesamarataan, privasi dan kehidupan yang bermaruah.

Bercakap dengan FMT, bekas hakim Mahkamah Rayuan itu berkata, diskriminasi atau melayani golongan itu sebagai penjenayah adalah sesuatu yang tidak boleh diterima.

Beliau berkata, bukanlah suatu kesalahan untuk menjadi transgender di bawah mana-mana Enakmen Jenayah Syariah negeri dan “crossdressing” juga bukan lagi merupakan jenayah syariah di semua negeri, kecuali Kedah, Kelantan, Perlis dan Sabah.

“Crossdressing” atau berpakaian seperti wanita adalah kesalahan hanya apabila ia dilakukan untuk tujuan tidak bermoral seperti pelacuran.

Hishamudin mencadangkan supaya Putrajaya mempertimbang untuk menggubal undang-undang mengiktiraf kewujudan gender ketiga “supaya golongan transgender dapat hidup dengan bermaruah dan dilindungi daripada diskriminasi dan jenayah kebencian”.

Selasa lalu, Menteri di-Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, Putrajaya akan meneruskan cadangan meningkatkan had hukuman dalam Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965.

Di bawah akta yang ada, mahkamah syariah diberi kuasa untuk menjatuhkan hukuman maksimum penjara tiga tahun, denda RM5,000 dan enam sebatan rotan.

Zulkifli memberitahu pemberita bahawa pindaan itu berkemungkinan dibentangkan pada persidangan Parlimen akan datang.

Beliau berkata, ideanya adalah untuk memerangi budaya LGBT, yang digambarkannya sebagai “bertentangan dengan undang-undang Islam dan sifat semula jadi manusia”.

Koordinator Lawyers for Liberty, Zaid Malek berkata, langkah itu adalah “keutamaan salah tempat” dan menyebut bahawa kerajaan harus menumpukan tenaganya untuk menangani masalah yang ditimbulkan oleh Covid-19, bukannya menekan budaya LGBT.

Beliau berkata keputusan untuk mengenakan hukuman lebih berat adalah tidak wajar dan “hanyalah cara” bagi ahli politik memperoleh undi pada pilihan raya akan datang.

“Fokus khusus kepada masyarakat LGBT ini adalah kerana mereka kumpulan rentan dan tidak menimbulkan ancaman kepada masyarakat, melainkan pendirian moral peribadi individu tertentu,” katanya.

Zaid berkata, jauh lebih penting bagi Putrajaya untuk melihat dasar yang berkaitan dengan pekerjaan dan upah.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.