
“(Ini) memandangkan (situasi) Covid-19 di Sabah masih dalam keadaan tidak stabil, akibat kewujudan beberapa kluster berpunca daripada penganjuran majlis sosial dan keramaian, selain tahap pematuhan SOP yang rendah,” katanya dalam taklimat harian Covid-19.
Keputusan itu berbeza dengan pengumuman Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob, bulan lalu yang membenarkan bazar Ramadan dan Aidilfitri beroperasi di seluruh negara tahun ini, tertakluk tertakluk kepada pematuhan SOP ketat oleh peniaga serta pengunjung.
Dalam perkembangan lain, Masidi berkata, Sabah merekodkan 60 kes baharu Covid-19 hari ini, Tawau mencatatkan bilangan tertinggi, iaitu 41 kes.
Daerah lain yang mencatat kes baharu adalah Lahad Datu (lapan), Tuaran (empat), Kota Kinabalu dan Penampang masing-masing mencatat dua kes, manakala Sandakan, Kunak dan Keningau masing-masing melaporkan satu kes.