
Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob berkata pelanjutan PKPD itu berikutan Kementerian Kesihatan mengesahkan masih terdapat penularan jangkitan dalam kalangan penduduk di kampung tersebut.
“Sebanyak enam kes baharu telah direkodkan pada 4 April lalu.
“Sehingga kini, Kementerian Kesihatan telah melaksanakan 513 ujian saringan dan daripada jumlah itu, sebanyak 53 kes positif Covid-19 telah direkodkan,” katanya dalam satu kenyataan.
Dalam pada itu, Ismail berkata seramai 137 individu ditahan semalam atas kesalahan ingkar SOP.
Katanya, daripada jumlah itu, 114 dikompaun, 10 direman dan 13 dijamin.
“Antara kesalahan direkodkan ialah aktiviti pusat hiburan (71), rentas negeri/daerah tanpa kebenaran (32), gagal merekod butiran diri di aplikasi MySejahtera (19), penjarakan fizikal (lima) dan lain-lain (10),” katanya.