
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kluster baharu itu dikesan di Johor, Selangor, Kelantan, Sarawak, Sabah, Perak dan Putrajaya.
- Kluster Jalan Maju Cemerlang (Johor Bahru) dengan 11 kes
- Kluster Jalan Murni Satu (Batu Pahat, Kluang dan Mersing) dengan 15 kes
- Kluster Jalan Suasana (Hulu Langat) dengan 19 kes
- Kluster Danan (Pasir Puteh) 17 kes
- Kluster Jalan Alamanda (Putrajaya dan Sepang) dengan 12 kes
- Kluster Sungai Mupong (Sibu dan Meradong ) dengan 17 kes
- Kluster Sungai Rassau (Matu dan Sibu) dengan 11 kes
- Kluster Rich Park (Tawau dan Kota Kinabalu) dengan 17 kes
- Kluster Kampung Batu Lapan Lekir (Manjung) dengan 14 kes
- Kluster Tembok Sri Aman (Sri Aman) dengan 160 kes.

Noor Hisham berkata, sebanyak 1,405 kluster dikesan di seluruh negara setakat ini, dengan 359 kluster aktif dan 66 daripadanya melaporkan pertambahan kes.
Katanya, lapan kluster yang tamat hari ini ialah Jalan Persiaran Cemerlang, Jalan Perindustrian Estate, Mayang, Jalan Senai Utama, Jalan Persiaran Teknologi Kulai, Tapak Bina Jalil Utama, Jalan Lombong dan Jalan Ho Pin, menjadikan 1,046 kluster berakhir setakat ini.
“Kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi hari ini adalah Tembok Sri Aman (159 kes), Jalan Jelawat (70 kes) dan Jalan Western (30 kes),” katanya dalam kenyataan.