Muhyiddin santuni peniaga kecil di medan niaga Satok

Muhyiddin santuni peniaga kecil di medan niaga Satok

Muhyiddin turut menyempurnakan penyampaian bantuan pakej PRIHATIN kepada peniaga.

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menyantuni peniaga di Medan Niaga Satok hari ini. Turut hadir isteri beliau, Norainee Abdul Rahman, Ketua Menteri Sarawak Abang Johari Tun Openg dan beberapa menteri persekutuan dan negeri. (Gambar Bernama)
KUCHING:
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin hari ini meninjau operasi peniaga kecil di Medan Niaga Satok, antara kompleks perniagaan terbesar untuk usahawan kecil di negara ini.

Lawatan perdana menteri selama kira-kira 45 minit di pusat perniagaan itu, turut diiringi isteri, Norainee Abdul Rahman, Ketua Menteri Sarawak Abang Johari Tun Openg dan beberapa menteri persekutuan dan negeri.

Semasa lawatan itu, Muhyiddin turut menyempurnakan penyampaian bantuan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) kepada peniaga di medan niaga berkenaan.

Medan Niaga Satok dirasmikan oleh Muhyiddin pada 28 Jan 2013 sewaktu beliau menjadi timbalan perdana menteri dan merupakan projek usaha sama antara kerajaan Sarawak dengan Lembaga Pemasaran Persekutuan (FAMA).

Medan perniagaan itu, merangkumi ruang niaga berkonsepkan pasar terbuka yang merangkumi zon basah, kering, benteng, pasar minggu dan pasar borong.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.