Bekalan air di Petaling pulih sepenuhnya

Bekalan air di Petaling pulih sepenuhnya

Kerja pengalihan dan penyambungan paip baharu siap dengan bekalan dijangka pulih sepenuhnya jam 9 pagi esok.

Bekalan air di kawasan terlibat di Shah Alam masih terjejas buat masa ini.
PETALING JAYA:
Bekalan air telah pulih sepenuhnya di Petaling susulan gangguan air berjadual di kawasan tertentu.

Air Selangor dalam kenyataan berkata 100% akaun pengguna di Petaling telah pulih sepenuhnya bekalan air susulan kerja pengalihan dan penyambungan paip baharu berdekatan kilang Carlsberg di Persiaran Selangor Seksyen 15, Shah Alam.

Pada masa sama, 21% akaun pengguna yang terjejas di Klang telah pulih, manakala bekalan di Shah Alam belum dipulihkan.

Air Selangor minggu lalu berkata, kerja penyelenggaraan akan menyebabkan gangguan bekalan air selama 48 jam di 31 kawasan iaitu lima di Petaling, 14 di Klang dan 12 di Shah Alam.

Bekalan air dijangka pulih sepenuhnya menjelang 9 pagi esok.

Tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan yang terjejas adalah berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan,” kata kenyataan itu.

“Air Selangor berharap pengguna yang telah mendapat bekalan air akan menggunakan air secara berhemat bagi memastikan proses pemulihan di kawasan yang masih terjejas berjalan lancar seperti yang dijadualkan.”

Perkembangan proses pemulihan bekalan air di kawasan terjejas akan dimaklumkan dari semasa ke semasa menerusi semua saluran komunikasi rasmi Air Selangor termasuk laman web rasmi, aplikasi Air Selangor dan media sosial. Pengguna juga boleh menghubungi Pusat Perhubungan Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.