Pertimbang semula rentas daerah di Sarawak bagi penerima dos kedua, kata menteri

Pertimbang semula rentas daerah di Sarawak bagi penerima dos kedua, kata menteri

Bagaimanapun, beberapa faktor, seperti jumlah kes Covid-19, perlu dipertimbangkan sebelum kebenaran diberikan,

Menteri Muda Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak Annuar Rapaee menyeru penduduk Sibu agar terus mematuhi SOP Covid-19.
SIBU:
Sudah tiba masanya peraturan pergerakan rentas daerah dikaji semula bagi mereka yang menerima suntikan dos kedua vaksin Covid-19, kata Menteri Muda Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak Annuar Rapaee.

Bagaimanapun, beliau berkata, beberapa faktor perlu dipertimbangkan sebelum Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dan Majlis Keselamatan Negera (MKN) boleh membuat sebarang keputusan berhubung kebenaran merentas daerah di negeri itu.

Annuar, yang juga penyelaras JPBN Bahagian Sibu, menjelaskan antara faktornya adalah jumlah kes Covid-19 yang menurut beliau masih tinggi.

Annuar Rapaee.

Satu lagi faktor adalah keberkesanan vaksin Pfizer pada tahap 95%, dengan sesetengah individu memerlukan masa untuk membina antibodi mereka selepas dos kedua.

“Bilangan petugas barisan hadapan yang telah mengambil dos kedua ialah 129,000 di seluruh negara dan 19,000 di Sarawak. Ia masih sangat minimum,” kata beliau.

Beliau berkata demikian semasa menjawab pertanyaan penonton yang disiarkan secara langsung di laman Facebook mengenai kemas kini mengenai Covid-19 di Sibu semalam.

Annuar menggesa penduduk Sibu untuk terus bekerjasama dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi meratakan lengkung graf kes Covid-19.

Beliau berkata, walaupun semua 31 zon di Sibu telah bertukar ke zon kuning semalam, lengkung itu masih belum benar-benar rata.

Sibu semalam merekodkan 33 kes positif Covid-19 manakala 80 pesakit telah discaj dari Hospital Sibu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.