PAS Sabah akui sokongan Malaysia Timur amat perlu untuk majoriti 2/3

PAS Sabah akui sokongan Malaysia Timur amat perlu untuk majoriti 2/3

Setiausaha Aliakbar Gulasan beri jaminan kerjasama dalam GRS akan diutamakan.

Aliakbar Gulasan.
KOTA KINABALU:
PAS Sabah akui sokongan Malaysia Timur perlu untuk Perikatan Nasional (PN) mendapatkan majoriti 2/3 pada pilihan raya umum akan datang.

Setiausaha Aliakbar Gulasan setuju perpaduan semua parti pemerintah amat perlu bagi PN mencapai majoriti 2/3.

“Sasaran untuk mencapai kemenangan dua pertiga pastinya memerlukan sokongan padu daripada Sabah dan Sarawak,” kata beliau, yang juga satu-satunya wakil PAS di Dewan Undangan Negeri, dalam kenyataan.

“Bagi pihak PAS Sabah, saya beri jaminan kerjasama dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan terus diutamakan.”

Kenyataan ini menyusuli kenyataan Presiden STAR Jeffrey Kitingan bahawa PAS perlu mengambil kira parti Sabah dan Sarawak apabila bercakap tentang mendapatkan majoriti 2/3 bagi PN.

STAR merupakan anggota PN dan GRS.

Aliakbar berkata, Sabah dan Sarawak “tetap penting dalam apa juga keputusan sama ada berkaitan pilihan raya atau hal ehwal pembangunan negara.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.