
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.16 petang semalam berhubung penemuan mayat berkenaan.
“Susulan maklumat terbabit, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya ke lokasi mayat ditemui.
“Pemeriksaan terhadap laporan polis mendapati individu berkenaan tidak pulang ke rumah di Seksyen U9, Shah Alam sejak khamis lalu,” katanya dalam satu kenyataan.
Nik Ezanee berkata, mangsa gagal dihubungi sejak Khamis lalu sehinggalah mayatnya ditemui, susulan itu pihak polis akan terus menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian tersebut.