
Bekas timbalan menteri pendidikan itu berkata, ketika sekolah kembali dibuka, kluster melibatkan 2,228 kes tersebut akan menjadi penghalang kepada ibu bapa untuk menghantar anak mereka ke sekolah, selain menimbulkan banyak persoalan melibatkan keselamatan.
“Ibu bapa perlu diberi jaminan bahawa langkah sewajarnya diambil untuk melindungi anak-anak mereka sebelum dibenarkan kembali ke sekolah,” katanya dalam kenyataan.
Teo berkata, 55,539 guru di sekolah kerajaan bawah Kementerian Pendidikan (KPM) termasuk dalam fasa pertama program imunisasi.

Namun katanya, guru di institusi yang dikendalikan oleh agensi kerajaan lain, seperti Maktab Rendah Mara dan Kolej Tentera Diraja serta mereka yang berada di institusi swasta ketinggalan.
“Saya harap apabila Khairy Jamaluddin membuat pengumuman pada Isnin, semua guru, baik di sektor kerajaan atau swasta, akan diutamakan kerana mereka dan pelajar terdedah kepada risiko yang sama,” katanya, merujuk kepada menteri penyelaras bagi program itu.
Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 811 kluster dilaporkan dari 1 Jan hingga 25 Mac.
Daripada jumlah itu, 15 melibatkan institusi pengajian tinggi, 11 sekolah menengah, 10 pra sekolah dan sekolah rendah, serta lima pusat tahfiz dan madrasah.