DAP bantah cadangan persempadanan semula PAS untuk Islam-Melayu

DAP bantah cadangan persempadanan semula PAS untuk Islam-Melayu

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata idea berasaskan bangsa dan agama itu disifatkan sebagai 'memecah-belahkan dan tidak bertanggungjawab'.

Lim Guan Eng berkata ‘rakyat yang cintakan keadilan’ akan menolak cadangan Khairuddin Aman Razali.
PETALING JAYA:
DAP menyifatkan cadangan PAS untuk membuat perubahan terhadap sempadan pilihan raya yang menguntungkan Islam-Melayu sebagai pengakuan bahawa kerajaan pimpinan Perikatan Nasional (PN) akan mengamalkan “gerimander” dengan mengorbankan pihak lain.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, cadangan oleh Khairuddin Aman Razali dari PAS, yang bertujuan untuk mendapatkan dua pertiga majoriti Parlimen, “memecah-belahkan dan tidak bertanggungjawab” dan bertujuan “mendiskriminasi, merampas dan menafikan hak orang bukan Melayu dan bukan Islam”.

Khairuddin, yang juga menteri perusahaan perladangan dan komoditi, sebelum ini berkata perubahan sempadan pilihan raya yang menguntungkan orang Islam-Melayu serta pertambahan kerusi Parlimen di negeri majoriti Melayu boleh diusahakan.

“Laluan untuk mencapai impian itu ialah dengan terus memperkukuhkan muafakat umat antara tiga parti Melayu, walaupun berhadapan rintangan.

“Pertembungan dua penjuru adalah strategi penting untuk memenangi PRU15,” katanya di catatan Facebook.

Lim dalam kenyataan berkata, cadangan persempadanan semula itu, yang berasaskan bangsa dan agama adalah tidak berperlembagaan, dan akan ditolak oleh “semua rakyat yang berfikiran wajar dan mencintai keadilan”.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.