
“Isu sekarang adalah kita ada banyak air yang dilepaskan terus ke laut (tanpa dirawat) dan kita mahu memaksimakan (air terawat) supaya air yang ada dapat digunakan sebaik mungkin.
“Ketika ini, negeri masing-masing membina loji rawatan sendiri, kita sebenarnya boleh buat satu loji besar dan buat kerjasama antara negeri.
“Tak perlu dua loji (di setiap negeri), jika ada satu loji dan boleh bekalkan air terawat untuk kedua-dua negeri, ia lebih jimat, tetapi ia memerlukan rundingan antara negeri,” katanya selepas menghadiri sambutan Hari Air Sedunia peringkat Perak yang turut dihadiri Menteri Besar, Saarani Mohamad.
Beliau berkata, ketika ini, hanya lembangan Sungai Muda yang terletak di Kedah dan Pulau Pinang dibangunkan untuk rawatan air dan ia boleh dilakukan negeri lain juga.
Terdahulu, Tuan Ibrahim ketika berucap berkata, dua daripada tiga pakej projek pembinaan loji rawatan kumbahan serantau dan rangkaian paip pembetungan di Papan, Kinta yang bernilai hampir RM2 bilion dijangka siap November ini.
Katanya, projek itu meliputi pembinaan rangkaian paip pembetungan sepanjang 157km, 14 stesen pam dan sebuah loji rawatan kumbahan serantau yang boleh menampung kapasiti 1.5 juta penduduk.
“Melalui projek ini, 277 loji kecil di sekitar Ipoh akan ditutup dan seterusnya mengelakkan berlakunya pencemaran ke atas saliran air yang disebabkan pelepasan air sisa kumbahan.”