6 kes positif Covid-19 dalam kluster Kampung Hilir dikesan setakat semalam

6 kes positif Covid-19 dalam kluster Kampung Hilir dikesan setakat semalam

Keputusan itu didapati daripada 977 sampel yang diambil pada hari pertama operasi pengesanan kes.

Operasi pengesanan kes Covid-19 bagi kluster Kampung Hilir di Sibu yang dijalankan selama tiga hari dan berakhir semalam berjaya mengumpul 1,925 sampel dengan keputusan penuh dijangka diketahui malam ini.
SIBU:
Enam kes positif Covid-19 dikesan daalam kluster Kampung Hilir di sini, setakat ini selepas operasi pengesanan kes secara aktif (ACD) dilaksanakan sejak Khamis lepas.
Menteri Muda Perumahan dan Kesihatan Awam Sarawak Dr Annuar Rapaee.

Menteri Muda Perumahan dan Kesihatan Awam Sarawak Dr Annuar Rapaee berkata, keputusan itu didapati daripada 977 sampel yang diambil pada hari pertama ACD.

Beliau berkata, ACD yang dijalankan selama tiga hari dan berakhir semalam berjaya mengumpul keseluruhan 1,925 sampel dengan keputusan penuh dijangka diketahui malam ini.

“Kesemua kes positif itu dimasukkan ke Hospital Sibu,” katanya melalui siaran langsung di Facebook, semalam.

Annuar berkata berdasarkan jumlah kes yang direkodkan di Kampung Hilir, kadar nilai kebolehjangkitan (Rt) di kawasan itu adalah pada tahap 0.6 dan masih terkawal.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.