
Kejayaan filem terbitan Hornbill Films Sdn Bhd dan Harry Aziz Entertainment Sdn Bhd yang mengisahkan sekumpulan anak yatim dikurung untuk menjadi bahan uji kaji oleh seorang saintis gila diumum menerusi laman sesawang WFC Singapore pada 18 Mac.
Lebih istimewa, filem yang mendapat dana Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) itu menggabungkan elemen seram dan aksi masyarakat Dayak di Sarawak.
Penerbit dan pengarahnya Ray Lee, 45, berkata idea untuk membuat filem itu bermula sejak 2016 melalui kolaborasi dengan penulis skrip Misha Minut yang juga penerbit bersama berasal dari Limbang, Sarawak.
BERITA PENUH DI OHSEM