
Ditanya perkembangan terkini selepas Umno dan PAS negeri menolak jawatan PEKT pada awal bulan ini, Zuraida berkata, kementeriannya sudah melantik tujuh penggerak bagi kawasan Majlis Perbandaran Sepang.
“Kita ada lagi kekosongan sebanyak 17 yang boleh lantik lagi,” katanya pada sidang media di Majlis Perbandaran Sepang.
Zuraida sebelum ini berkata, beliau akan mendapatkan penjelasan Umno dan PAS Selangor yang menolak pelantikan jawatan dalam PEKT, sebagaimana diagihkan kementeriannya baru-baru ini.
Umno dan PAS Selangor dalam menolak jawatan yang ditawarkan itu mengingatkan jawatan kerajaan “bukanlah bahan tawar-menawar” dan “bukan dipergunakan untuk kepentingan politik pihak tertentu”.
Zuraida hari ini memaklumkan PEKT turut menyertai mesyuaratnya bersama Majlis Perbandaran Sepang.
Katanya, mereka akan menjalankan tugas di peringkat akar umbi untuk membudayakan rakyat ataupun komuniti dari segi kebersihan, keselamatan persekitaran, dan sebagainya.