Disyaki terima sogokan RM1,500, anggota penguatkuasa dicekup SPRM

Disyaki terima sogokan RM1,500, anggota penguatkuasa dicekup SPRM

Lelaki berusia 28 tahun itu ditahan petang semalam di Sepanggar.

Suspek ditahan selama 24 jam untuk diambil keterangan dan sudah dilepaskan dengan jaminan SPRM, hari ini.
KOTA KINABALU:
Seorang anggota penguatkuasa ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menerima rasuah kira-kira RM1,500 daripada seorang individu yang melakukan kesalahan maritim.

Lelaki berusia 28 tahun yang bertugas di Kota Kinabalu itu ditahan 7.30 petang semalam, di Sepanggar.

Sumber SPRM berkata, wang itu sebagai sogokan supaya suspek tidak mengambil tindakan terhadap individu terbabit yang menggunakan lesen kapal kecil tamat tempoh.

Pengarah SPRM Sabah S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu.

Katanya, suspek ditahan selama 24 jam untuk diambil keterangan dan sudah dilepaskan dengan jaminan SPRM, hari ini.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.