
“Kerajaan juga akan melaksanakan strategi kawalan penularan Covid-19 secara lebih bersasar dengan bersandarkan sains dan data untuk mengurangkan impak negatif terhadap aktiviti ekonomi negara.
“PKP mungkin tidak perlu lagi secara menyeluruh, sebaliknya kawalan pergerakan hanya dilaksana mengikut lokasi dan secara tertumpu kepada kluster berkaitan saja,” katanya dalam pengumuman khas Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (Pemerkasa).
Sementara itu, Muhyiddin berkata, peruntukan program imunisasi dinaikkan daripada RM3 bilion kepada RM5 bilion bagi mempercepatkan sasaran imuniti kelompok dicapai Disember ini berbanding sasaran awal pada suku pertama 2022.
“Untuk mencapai sasaran ini, seramai 15,000 petugas akan ditempatkan di hampir 950 pusat pemberian vaksin atau PPV di seluruh negara.
“Mengambil kira pertambahan tugas tersebut, kerajaan bersetuju bantuan khas Covid-19 dengan kadar RM200 sebulan dipanjangkan kepada penjawat awam yang terlibat dalam program imunisasi di PPV berkenaan.”