
Dalam satu kenyataan, SDP berkata pihaknya telah memfailkan tuntutannya untuk mendapatkan informasi mengenai aduan yang dibuat oleh pengarah urusan Liberty Shared, Duncan Jepsen, yang dipercayai sedang disiasat.
“Susulan itu SC menjelaskan bahawa tidak ada siasatan dilakukan berikutan aduan tersebut. Oleh karena itu, SDP telah menarik balik permohonan bagi mendapatkan informasi tersebut. ”
Sebagai bantahan terhadap tindakan undang-undang SDP, organisasi bukan berasaskan keuntungan SHIFT meninggalkan suruhanjaya hak asasi manusia gergasi sawit yang baharu ditubuhkan itu. Malah aktivis Andy Hall turut memberitahu Reuters bahawa dia juga sedang mempertimbangkan untuk mengundur diri.
Namun, dengan penarikan semula tindakan undang-undang itu, Hall, berkata dia akan tetap berada di dalam jawatankuasa tersebut, menyifatkan langkah itu sebagai “sebenar-benarnya berniat baik”.
“Penarikan semula tindakan undang-undang mendapatkan informasi ini, sebenarnya adalah kesempatan bagi SDP untuk sekali lagi fokus dengan menunjukkan kepada masyarakat dan pihak berkepentingan, niat tulus mereka untuk membangun ke arah masa depan yang lebih baik bagi pekerja industri kelapa sawit,” katanya dalam satu kenyataan.
“Secara khususnya, SDP juga dapat memfokuskan kembali usahanya untuk memastikan bahawa setiap petunjuk wujudnya elemen buruh paksa dalam kalangan tenaga kerja asingnya sendiri diselidiki dan diperbaiki.”
Disember lalu, Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan AS mengeluarkan Perintah Tahanan Pelepasan (WRO) untuk menyekat produk Sime Darby atas dakwaan penggunaan buruh paksa susulan petisyen dikemukakan Liberty Shared.