Rasuah RM300,000: Reman 2 individu termasuk Datuk Seri sambung 4 hari

Rasuah RM300,000: Reman 2 individu termasuk Datuk Seri sambung 4 hari

Perintah sambungan reman hingga Khamis itu dikeluarkan majistret Sabreena Bakar @ Bahari di Mahkamah Majistret selepas menerima permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia hari ini.

Pada 10 Mac lepas, seorang lelaki berumur 44 tahun bergelar Datuk Seri dan seorang wanita yang merupakan ejen pekerja asing berumur 41 tahun ditahan reman selama enam hari bagi membantu siasatan kes itu. (Gambar Bernama)
SHAH ALAM:
Tempoh reman enam hari terhadap dua individu termasuk seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri yang berakhir hari ini, disambung empat hari lagi.

Perintah sambungan reman hingga Khamis itu dikeluarkan majistret Sabreena Bakar @ Bahari di Mahkamah Majistret selepas menerima permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

Ia bagi membantu siasatan kes menerima rasuah berjumlah RM300,000 daripada seorang individu kononnya untuk membantu melepaskan 22 warga China yang ditahan di depoh imigresen.

Pada 10 Mac lepas, seorang lelaki berumur 44 tahun bergelar Datuk Seri dan seorang wanita yang merupakan ejen pekerja asing berumur 41 tahun ditahan reman selama enam hari bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Sumber SPRM memberitahu, suspek lelaki itu mendakwa boleh membantu menyelesaikan kes penahanan 22 warga China yang ditahan kerana disyaki terlibat dalam sindiket judi dalam talian dan Macau Scam manakala wanita tersebut bertindak sebagai orang tengah.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 16 (a) (A) Akta SPRM 2009.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.