Maszlee minta penjelasan kerajaan selepas pelajar tidak dibenar kembali ke sekolah

Maszlee minta penjelasan kerajaan selepas pelajar tidak dibenar kembali ke sekolah

Saya tertanya-tanya apakah ‘zero reject policy’ yang dilancarkan pada 2019 sudah dimansuhkan, soal Maszlee.

Bekas menteri pendidikan Maszlee Malik berkata. ‘zero reject policy’ yang dilancarkan pada 2019 bertujuan memastikan semua kanak-kanak diterima masuk ke sekolah.
PETALING JAYA:
Bekas menteri pendidikan Maszlee Malik meminta kerajaan Perikatan Nasional (PN) menjelaskan apakah dasar “zero reject” yang dilancarkan pada 2019 sudah dimansuhkan.

Maszlee berkata demikian selepas laporan akhbar memaklumkan terdapat seorang pelajar terpaksa menangguhkan hasrat kembali ke sekolah disebabkan dokumen kelahirannya bertaraf bukan warganegara.

“Saya tertanya-tanya apakah ‘zero reject policy’ yang dilancarkan pada 2019 bagi memastikan anak-anak semua diterima masuk sekolah sudah dimansuhkan?

“Apakah dengan perubahan kerajaan, maka pendidikan anak-anak golongan rentan juga digadaikan? Pendidikan untuk semua!,” katanya di Twitter, hari ini.

“Zero Reject Policy” merupakan dasar sedia ada yang dilaksanakan bagi memastikan murid berkeperluan khas khasnya menerima pendidikan yang selari dengan ketidakupayaan mereka.

Kementerian Pendidikan mula melaksanakan dasar itu secara berperingkat bermula pada 2019 bagi murid berkeperluan khas (MBK).

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.