
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kluster baharu itu dikesan di Johor, Selangor, Sabah dan Melaka.
- Kluster Teknologi Tenggara (Batu Pahat) dengan 12 kes
- Kluster Jalan Masyhur Enam (Johor Bahru) dengan 52 kes
- Kluster Tapak Bina Jalan Kenangan (Klang) dengan 31 kes
- Kluster DTI Machap Umboo (Alor Gajah) dengan 83 kes
- Kluster Jambatan Satu Bombalai (Kalabakan) dengan 15 kes.

Hisham berkata, sebanyak 1,222 kluster dikesan di seluruh negara setakat ini, dengan 440 kluster aktif dan 65 daripadanya melaporkan pertambahan kes.
Katanya, 14 kluster tamat hari ini, iaitu Dialisis Masjid Tanah, Taman Bukit Petaling, Yayasan, Kampung Tanjung Selabu, Jalan Raja Muar, Jalan Berhala, Sri Menanti, Jalan Pengiran, Lebuh Karak, Tapak Bina Jalan Puchong, Tapak Bina Jalan Chulan, Sri Muda, Taman Murni dan Taman Ikan Jinak, menjadikan 782 kluster sudah berakhir sehingga kini.
“Kluster dengan pertambahan kes baharu hari ini adalah Tapak Bina Queens Waterfront (70 Kes), Industri Sungai Gadut (68 kes) dan DTI Machap Umboo (67 kes),” katanya dalam kenyataan.