200 hilang tempat tinggal, 73 rumah atas air di Pulau Gaya hangus

200 hilang tempat tinggal, 73 rumah atas air di Pulau Gaya hangus

Tiada kemalangan jiwa atau mangsa cedera dilaporkan.

Keadaan api yang marak di Kampung Lok Urai, Pulau Gaya.
KOTA KINABALU:
Lebih 200 orang kehilangan tempat tinggal, selepas 73 rumah atas air di Kampung Lok Urai, Pulau Gaya, di sini musnah dalam kebakaran malam ini.

Kebakaran yang bermula dari sebuah rumah kira-kira 8 malam itu merebak dengan cepat berikutan kedudukan rumah yang rapat antara satu sama lain.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah berkata, sebaik menerima panggilan pada 8.23 malam, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Kinabalu, Lintas serta Penampang dikejarkan ke tempat kejadian menggunakan bot.

“Api berjaya dikawal 10.16 malam tadi.

“Bagaimanapun, setakat ini, usaha memadam sisa api masih giat dijalankan dan tiada kemalangan jiwa atau mangsa cedera dilaporkan.”

Sementara itu, Datuk Bandar Kota Kinabalu, Noorliza Awang Alip berkata, pusat pemindahan sementara dibuka bagi menempatkan penduduk terjejas.

“Pusat pemindahan sementara sudah dibuka di Sembulan dan Likas, juga mungkin di Damai, kalau ada keperluan.

“Kami juga difahamkan ada yang sudah keluar dari pulau dan diambil keluarga masing-masing,” katanya ketika ditemui.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.