Ini menjadikan 298,516 kes pulih daripada keseluruhan 317,717 kes Covid-19 dengan 1,191 kematian yang direkodkan setakat ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat 18,010 kes aktif dengan 72 daripada 151 pesakit di unti rawatan rapi memerlukan bantuan pernafasan.
Beliau berkata, daripada jumlah kes baharu itu, 10 kes import dan 1,438 kes penularan tempatan yang membabitkan 878 warganegara serta 560 warga asing.
Selangor terus melaporkan jumlah kes harian tertinggi dengan 561 kes.
“Daripada jumlah ini, 484 kes daripada kluster dan saringan
kontak rapat,” katanya dalam kenyataan.
Ia diikuti Johor (273), Sarawak (199), Kuala Lumpur (103) Pulau Pinang (99), Perak (83), Sabah (54), Kedah (20), Kelantan (19), Melaka (11), Negeri Sembilan (10), Terengganu (8), Perlis (7) dan Pahang (1).
Labuan dan Putrajaya tidak melaporkan sebarang kes baharu.
Lima kematian itu membabitkan warganegara berusia 43 hingga 72 tahun dari Selangor, Johor, Melaka dan Sabah.
Semuanya mempunyai latar belakang penyakit seperti kencing manis, darah tinggi dan buah pinggang kronik.