
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, tiga kluster baru itu dikesan di Johor, dua di Kuala Lumpur serta masing-masing satu di Selangor, Pulau Pinang, Pahang dan Kedah.
- Kluster Jalan Nusa Mega (Johor Bahru) dengan 36 kes
- Kluster Jalan Industri A1 (Tangkak) dengan 21 kes
- Kluster Jalan Setia Jaya (Batu Pahat) dengan 28 kes
- Kluster Tapak Bina Jalan U-Thant (Titiwangsa) dengan 35 kes
- Kluster Tapak Bina Jalan Salak (Lembah Pantai) dengan 16 kes
- Kluster Lorong Kilang (Petaling dan Klang) dengan 41 kes
- Kluster Medan Bayan Lepas (Barat Daya, Timur Laut, Seberang Perai Utara, Tengah dan Selatan) dengan 65 kes
- Kluster Sungai Lembing (Kuantan) dengan 13 kes
- Kluster Amanjaya (Kuala Muda, Pendang dan Yan) dengan 16 kes.

Noor Hisham berkata, sebanyak 1,212 kluster dikesan di seluruh negara setakat ini, dengan 457 kluster aktif dan 63 daripadanya melaporkan pertambahan kes.
Katanya, 19 kluster yang tamat hari ini adalah Persiaran Teknologi, Lestari, Jalan Masjid, Senai City Lapan, Jalan Mohammed Salleh, Tersat, Parit Jamil Darat, Lorong Mawar, Jalan Tan, Besi Cyber, Jalan Parit Mesjid, Lengkok Emas, Jalan Chester, Lingkaran Cyber, Parit Penyengat, Persiaran Raya, Tapak Bina Jalan Klang, Jalan Platinum dan Jalan Kerinch. Ini menjadikan 755 kluster sudah berakhir sehingga kini.
“Kluster dengan pertambahan kes baharu adalah Perusahaan 10 (36 kes), Jalan U-Thant (35 kes) dan Jalan Nusa Mega (33 kes),” katanya dalam kenyataan.