ADUN lompat dari Gerakan ke PPBM tak patut jadi isu, kata SU PPBM Perak

ADUN lompat dari Gerakan ke PPBM tak patut jadi isu, kata SU PPBM Perak

Zainol Fadzi Paharuddin menjelaskan A Sivasubramaniam menyertai PPBM sebelum Gerakan sertai PN.

Zainol menjelaskan Sivasubramaniam, yang diumumkan menyertai Gerakan pada Jun lalu, menyertai PPBM pada Disember tahun sama. (Gambar Facebook)
IPOH:
Penghijrahan ADUN tunggal Gerakan di Perak, A Sivasubramaniam, ke PPBM tidak patut menjadi isu kerana lompatan itu berlaku sebelum mereka bersekutu, kata Setiausaha PPBM Perak, Zainol Fadzi Paharuddin.

Zainol menjelaskan Sivasubramaniam, yang diumumkan menyertai Gerakan pada Jun lalu, menyertai PPBM pada Disember tahun sama, sebelum Gerakan menyertai gabungan Perikatan Nasional pimpinan partinya pada Februari tahun ini.

Lagipun, Sivasubramaniam mengisytiharkan dirinya ADUN bebas ketika PN mengambil alih pentadbiran Perak daripada Pakatan Harapan.

Sivasubramaniam “menyertai PPBM sebagai ahli bersekutu selepas perubahan menteri besar Perak,” katanya kepada FMT.

Keahlian Sivasubramaniam sebagai ahli bersekutu PPBM hanya dilaporkan hari ini.

Terdahulu, Pengerusi Gerakan Perak, See Tean Seng, berkata pihaknya tidak dimaklumkan mengenai perkara itu, baik oleh PPBM mahupun Sivasubramaniam.

“Saya hanya mengetahui perkara itu selepas membaca laporan media hari ini,” katanya kepada FMT.

Zainol memaklumkan kepada FMT bahawa Sivasubramaniam kini ahli bersekutu Ipoh Barat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.