8 daripada 10 kluster baharu Covid-19 babit tempat kerja

8 daripada 10 kluster baharu Covid-19 babit tempat kerja

Baki dua lagi kluster baru membabitkan komuniti dan aktiviti keagamaan.

Terdapat 488 kluster aktif dengan 69 daripadanya melaporkan pertambahan kes.
PETALING JAYA:
Kementerian Kesihatan mengenal pasti 10 lagi kluster baharu, dengan lapan daripadanya membabitkan tempat kerja.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, baki dua lagi kluster membabitkan komuniti dan aktiviti keagamaan.

Katanya, enam kluster baharu itu dikesan di Selangor, dua di Kuala Lumpur dan masing-masing satu di Perak, Sabah, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.

  • Kluster Kampung Nyatoh (Seremban dan Gombak) dengan 74 kes
  • Kluster Tapak Bina Jalan Zamrud (Hulu Langat) dengan 21 kes
  • Kluster Jalan Dato Sellathevan (Klang) dengan 21 kes
  • Kluster Industri Cheras Jaya (Hulu Langat) dengan 14 kes
  • Kluster Meranti Utama (Sepang) dengan 11 kes
  • Kluster Perusahaan 10 (Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Tengah) dengan 57 kes
  • Kluster Jalan Senu (Larut, Matang dan Selama) dengan 10 kes
  • Kluster Jalan Muatiara Barat (Cheras, Petaling dan Hulu Langat) dengan 17 kes
  • Kluster Persiaran Alam (Cheras) dengan 17 kes
  • Kluster Kuala Punteh (Keningau) dengan 25 kes.

Hisham berkata, sebanyak 1,187 kluster dikesan di seluruh negara setakat ini, dengan 488 kluster aktif dan 69 daripadanya melaporkan pertambahan kes.

Katanya, 12 kluster tamat hari ini, iaitu Ceram, Jalan Selayang, Kampung Bukit Biah, Kota, Bukit Belimbing, Bandar Teknologi, Bercham Raya, Taman Muhibbah, Kampung Kemansur, Jalan Mokhtar, Jalan Jubilee dan Jalan Enam Belas, ini menjadikan 699 kluster berakhir setakat ini.

“Kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Batu Empat (310 kes), Kampung Nyatoh (72 kes) dan Perusahaan Jalan Bukit (51 kes),” katanya dalam kenyataan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.