2,154 kes baharu Covid-19, 6 kematian

2,154 kes baharu Covid-19, 6 kematian

Kes aktif terus berkurangan kepada 22,034 pesakit dan 87 daripada 184 pesakit di ICU memerlukan bantuan pernafasan.

PETALING JAYA:
Kementerian Kesihatan melaporkan 3,275 pesakit sembuh berbanding 2,154 kes baharu Covid-19 dengan enam kematian.

Ini menjadikan 286,904 kes pulih daripada keseluruhan 310,097 kes Covid-19 dengan 1,159 kematian yang direkodkan setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat 22,034 kes aktif dengan 87 daripada 184 pesakit di unit rawatan rapi memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada jumlah kes baharu itu, beliau berkata, sebanyak 2,149 kes ialah penularan tempatan dan lima lagi kes import.

Katanya, kes penularan tempatan membabitkan 1,339 warganegara dan 810 warga asing.

Selangor masih mencatatkan jumlah jangkitan tertinggi, iaitu 794 kes.

“Daripada jumlah ini, 666 kes daripada kluster dan saringan
kontak rapat,” katanya dalam kenyataan.

Ia diikuti Johor (463), Sarawak (250), Pulau Pinang (119), Perak (109), Kuala Lumpur (108), Sabah (97), Negeri Sembilan (77), Kelantan (57), Pahang (38), Terengganu (16), Melaka (10), Kedah (9), Putrajaya (4), Labuan (2 ) dan satu kes di Perlis.

Beliau berkata, lima kematian dilaporkan di Selangor dan baki satu lagi di Kedah.

Katanya, semua kematian itu membabitkan warganegara berusia 52 hingga 87 tahun, dengan lima daripadanya menghidap penyakit seperti jantung, kencing manis dan darah tinggi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.