Timbalan menteri ulang alik ke New Zealand boleh undang kemarahan kepada kerajaan, kata Najib

Timbalan menteri ulang alik ke New Zealand boleh undang kemarahan kepada kerajaan, kata Najib

Ini kerana rakyat biasa tidak boleh merentas negeri pada masa ini.

Bekas perdana menteri Najib Razak berkata, jika laporan mengenai seorang timbalan menteri berulang alik ke New Zealand sejak Disember dan ia tidak dijelaskan atau dikendali dengan baik, maka isu itu bakal mengundang kemarahan besar terhadap kerajaan.
PETALING JAYA:
Bekas perdana menteri, Najib Razak berkata, sekiranya benar laporan yang mendakwa Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Edmund Santhara Kumar berada di New Zealand untuk bersama-sama keluarga sejak Dis 2020, maka ia bakal mengundang kemarahan kepada kerajaan.

Beliau berkata, ini kerana rakyat biasa tidak boleh merentas negeri pada masa ini.

“Jika laporan ini benar and ia tidak dijelaskan atau dikendali dengan baik, isu ini bakal mengundang kemarahan besar terhadap kerajaan.

“Pada ketika orang biasa tidak boleh merentas daerah atau negeri, seorang wakil rakyat yang dibayar gaji Ahli Parlimen serta gaji timbalan menteri boleh berulang-alik merentas sempadan negara untuk berada di negara asing bersama keluarganya hampir tiga bulan,” katanya di Facebook.

Beliau merujuk laporan sebuah portal atas talian berhubung dakwaan bahawa Santhara berada di New Zealand untuk bersama-sama keluarga sejak Dis lalu.

Ahli Parlimen Batu, P Prabakaran juga mempersoalkannya dan berkata, Santhara perlu memberi penjelasan segera.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.