Tiada bidang kuasa bicarakan kesalahan murtad di luar negara, kata ketua hakim syarie

Tiada bidang kuasa bicarakan kesalahan murtad di luar negara, kata ketua hakim syarie

Ketua Hakim Syarie JKSM Dr Mohd Na'im Mokhtar ulas video tular memaparkan pengakuan seorang lelaki bukan Islam memurtadkan seorang wanita Muslimah warga asing.

Ketua Hakim Syarie JKSM Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, tindakan boleh diambil jika kesalahan berlaku di negara ini, walaupun melibatkan warga asing. (Gambar Bernama)
IPOH:
Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) tidak mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan kesalahan murtad melibatkan seorang wanita Islam warga Indonesia, kerana perbuatan itu dipercayai bukan berlaku di negara ini.
Mohd Na’im Mokhtar.

Ketua Pengarah dan Ketua Hakim Syarie JKSM Dr Mohd Na’im Mokhtar bagaimanapun berkata, individu berkenaan boleh dikenakan tindakan di bawah Enakmen Jenayah Syariah 1992 sekiranya kesalahan itu dilakukan di negara ini.

“Kalau kesalahan percubaan untuk murtad contohnya, sudah tentu dalam konteks syariah ini tidak melihat kepada negara. Contohnya kalau ada mana-mana pihak, walaupun dia bukan warga Malaysia tetapi beragama Islam dan melakukan sesuatu kesalahan dalam negara ini yang jatuh di bawah Enakmen Jenayah Syariah.

“Sebagai contoh isu khalwat, dia Indonesia beragama Islam dan ditangkap di Malaysia, jadi dia boleh dihukum di bawah undang-undang negara kita. Kita tidak melihat dari mana orang itu selagi dia beragama Islam,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Prosiding Mahkamah Utama Syariah di Mahkamah Syariah Ipoh di sini hari ini.

Sebelum ini, tular video memaparkan pengakuan seorang lelaki bukan Islam memurtadkan seorang wanita Muslimah warga asing.

Ahad lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri dilaporkan berkata, kes itu kini dalam siasatan dan tindakan pihak polis.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.